Friday, March 18, 2011

Sunday, February 20, 2011

Anda memang Cantik..

Cerita yang dicedok dari sumber2 yg dipercayai.Untuk tatapan.Sama2 renungkan. ^_^


Dalam kebanyakan program yang saya kendalikan selalu sy bertanya, "anda semua yang berada di dalam dewan ini,siapa rasa dirinya cantik sila angkat tangan." Masih tiada. "Hai,tak ada seorang pun dalam dewan yang besar ni cantik?"soal saya.

Kemudian saya akan bertanya lagi buat kali ketiga, "sesiapa di dalam dewan ini akan merasakan dirinya lawa dan cantik silalah angkat tangan." Adalah dua,tiga orang yg mengangkat tangannya,itupun malu-malu,takut-takut dan antara ya dengan tidak. Sebenarnya bukan tangan yang diangkat tapi jari. Rendah paras dada, takut dilihat dek orang. "Sungguh kita ini tidak tahu diuntung. Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik. Padahal kita dicipta oleh ALLAH S.W.T, yang MAHA BIJAKSANA. Beranikah anda mengatakan diri anda tidak cantik,sedangkan anda dicipta oleh ALLAH?" Senyap......

Kemudian saya akan bertanya lagi ,"siapa-siapa di sini merasakan dirinya masih xcantik,sila angkat tangan". Masing-masing toleh menoleh dan bertukar senyum,sesetengahnya tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan. 'Jadi kalau begitu apakah ini bermakna anda semua cantik? Ya atau Tidak. Jawab."

"Yaaaaaaaaaaaa!!!!" jawab semua orang sambil tertawa dan juga bersemangat.

“Baik,soalan sy yg terakhir. Siapa-siapa di dalam dewan ini yang merasakan diri dia cantik,angkat tangan,tnggi sekali.” Seluruh dewan riuh dan tangan-tangan kelihatan menceracak di semua sudut. “Ha..barulah betul”. Dewan terus riuh dan gamat sekali dengan tertawa ceria dan juga cakap-cakap yang tidak jelas butir bicaranya. “siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik,sedangkan kita dicipta oleh ALLAH?”soal saya. “Setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang ini adlah ukuran manusia. Ukuran ALLAH berbeza. Amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat.”

Begitulah kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan kyakinan-keyakinan yang padu,padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut- hati,perasaan,emosi,kemahuan,kehendak,cita-cita,azam,usaha,pemikiran dan segala macamnya lagi.

Bagaimana hidup ini hendak dijalani dengan penuh tertib dan adil jika kita tidak merasakan TUHAN tidak adil terhadap kita. TUHAN menciptakan kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaannya dan selagi namanya ciptaan ALLAH tiada yang buruk. Kita semua cantik,lawa,macho,handsome,menarik,unik,comel,mengancam dan segala-galanya. Bagaimanapun keadaan anda,anda adalah cantik. Anda bukan saja cantik bahkan menarik sekali. Anda akan BERTAMBAH CANTIK JIKA DISULAMI AKHLAK,PERIBADI DAN PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH. Setiap kali melihat cermin tanyalah diri apakah ALLAH saying padaku? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak-agak atau berfikir sejenak,anda seorang yang baik. Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam.cantik luar dan dalam bermakna anda baik. Jika anda baik anda tentu disayangi oleh semua orang termasuklah ALLAH yang menciptakan.

Syabas,anda memang cantik!


jatuh cinta dgn watak yang xpernah wujud. ohh..


dream come true,rite?

Thursday, February 17, 2011

saya nak kawen....huhu.

Monday, February 7, 2011

10 peringatan Bumi

10 Peringatan Bumi

untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan kehidupan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a ,Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazabkan di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engakau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Angkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.